Ikhlas Big Bike Takaful jana premium RM2 juta

JOHOR BAHRU 22 April - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) menyasarkan jualan premium bagi produk terbarunya, Ikhlas Big Bike Takaful sebanyak RM2 juta pada tahun kewangan berakhirnya 31 Mac depan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman (gambar) yakin sasaran itu mampu dicapai meskipun ia disasarkan untuk golongan tertentu memandangkan jumlah pemilik motosikal mewah semakin meningkat di Malaysia.
Ikhlas Big Bike Takaful merupakan pelan perlindungan terbaru khusus untuk pemilik-pemilik motosikal berkuasa tinggi daripada 500cc dan ke atas yang memberi perlindungan komprehensif termasuk melindungi kehilangan dan kerosakan ke atas motosikal dan manfaat-manfaat lain yang disebabkan kemalangan jalan raya.
''Setakat ini, ia adalah satu-satunya produk di pasaran,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pelancaran pelan terbaru itu disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar sempena pameran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 di Padang Plaza Angsana.
Beliau berkata, pelan itu akan memastikan semua pelanggan mendapat faedah perlindungan terbaik termasuk memberi ganti rugi seperti kehilangan atau kerosakan kepada pemilik motosikal berkuasa tinggi serta tanggungan pihak ketiga.
Ia juga memberi perlindungan daripada kehilangan yang disebabkan kecurian motosikal dan aksesorinya.
Syed Moheeb berkata, Ikhlas Big Bike Takaful turut menawarkan faedah-faedah dengan tambahan sumbangan seperti pembayaran pampasan ganti rugi untuk perlindungan alat keselamatan.
Selain itu, dengan melanggan produk tersebut, pemilik motosikal berkuasa tinggi akan mendapat bantuan kerosakan yang disediakan tanpa caj tambahan dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan.
''Perlindungan yang diberikan di bawah pelan ini terbahagi kepada empat kategori mengikut jenis dan kegunaan motosikal iaitu cruisers, sports bikes, tourer dan dual purpose bikes.
Beliau berkata, langganan produk itu bagaimanapun tertakluk kepada Akta Pengangkutan itu hanya untuk motosikal yang berdaftar di negara ini sahaja.




21st Floor, Dataran Kewangan Darul Takaful
Jalan Sultan Sulaiman
50000, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: (603) 20318160
Fax: (603) 20318170
Email : enquiries@malaysiantakaful.com.my




All logos and trademarks on this site are the property of their respective owners. All Rights Reserved. Copyright © 2009 by Malaysian Takaful Association (MTA).